maafkan ana kalau ada salah silap :)

maafkan ana kalau ada salah silap :)

snow

anime


Khamis, 14 Julai 2016

Ramadhan dan Syawal


 Ramadhan 1437H

bulan mulia ni semua orang Islam akan melebihkan ibadah dari biasanya. dikatakan lebih dari biasa kerana pada bulan ini adanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. alangkah indah siapa yang berada di malam ini dengan melakukan ketaatan kepada Allah SWT. 

Allah SWT memerintahkan semua malaikat diketuai oleh Jibril Alaihissalam untuk turun ke bumi melihat amal ibadat umat Nabi Muhammad salallahu alaihi wa alihi wassalam.

Siapa yang menghidupkan malam ini dengan menangisi kerdilnya diri dan mengaku bertimbun dosa yang dilakukan akan memberi kesan kepada dirinya. 

selepas malam lailatul qadr ini mungkin lebih cintanya kepada Tuhan 
lebih taatnya kepada Tuhan
lebih tenang hatinya menjalani kehidupan
in shaa Allah

miliki kah kita malam itu? 

kita baca alquran bersolat berzikir ingat Tuhan
ATAU
tidur nyenyak dibuai mimpi?

miliki kah kita malam itu?

-Rasulullah SAW bersabda kalau kalian semua tahu apa yang ada di bulan Ramadhan 
nescaya kamu akan berdoa kepada Allah untuk tidak dikeluarkan darinya-

----------------------------------------------------------------

malam ke 21 ramadhan 

aku dengan sahabat sahabat seperjuangan berqiamulail di Masjid Kandang,Melaka.
pada masa itu tazkirah yang disampaikan oleh tokguru
berkenaan bulan Ramadhan.

antara isi-isinya:
orang yang berpuasa kerana hadirnya bulan Ramadhan = puasanya adalah puasa لله
orang yang melayani dan berpuasa kerana pemilik Ramadhan iaitu Allah SWT + puasanya adalah puasa بالله 

 لله  - ahli syariat
بالله - orang hawas ( berpuasa dengan bantuan AllahSWT )

----------------------------------------------------------------

pejam celik sahur berbuka sampailah ke malam raya, Ramadhan berakhir, berharap agar kita lebih baik dari masa sebelumnya. Bergembiralah seluruh umat Islam dengan melaungkan takbir raya



Bulan Syawal muncul, bulan ni bulan yang dinanti-nantikan oleh kanak-kanak untuk kutip duitraya *kcingg...kcingg.. haha
ziarah menziarahilah pada bulan ini
jumpa pakcik makcik kakak abang bermaaf-maafan
tapi jangan lupa jaga ikhtilat jaga aurat jaga mata jaga hati

yang utama sekali hatilah

JAGALAH HATI KERANA HATI TEMPAT TILIKAN ILAHI


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN dari kami sekeluarga
Tamin&co
"tak dapat bagi banyak, bagi sikit pun alhamdulillah"-guru






Khamis, 24 Disember 2015

#1 Bagaimana sebelum ini ?

الصلاة عماد الدين

"Solat itu tiang agama"

Dalam satu situasi di dalam kelas, seorang ustazah sedang mengajar mata pelajaran Tauhid kepada pelajar banat kelas I'dadi dan Ibtida'i. 

Tauhid yang mana wajib dipelajari buat ummah sekaliannya. 

Kerana apa ? kerana ilmu Tauhid adalah ilmu untuk para hamba mengenal Tuhannya.
Dosa besar hukumnya jika seorang hamba langsung tidak berniat untuk mengetahui ilmu ini.

"antunna semua hari ini kita muzakarah tentang sifat 20 yang wajib bagi Allah, bukan sifat yang hakiki bagi Allah, ini semua kata pinjam, ini adalah hukum sifat 20 yang telah disusun oleh jumhur ulama' untuk kita mudah mengenal Tuhan" jelas ustazah.

"sebelum itu ana nak tanya antunna semua" sambungnya

"bila hang solat, hang sembah siapa?Tuhan atau Allah"

Salah seorang dari pelajar mengangkat tangan tanda untuk menjawab.

"Allah SWT... kan ustazah" Aliah menjawab.

"Tuhan.. kan ustazah" Shahidatul pula menjawab.

"Bukan ke.. tuhan ada banyak.. tuhan orang cina ada, tuhan orang india ada.. jawapannya Allah.. kan ustazah.." kata Nur selepas cuba mentafsir soalan yang diajukan.

Yang lain hanya termenung memikirkan mana yang benar kerana takut untuk menjawab soalan berkaitan aqidah.

ustazah menerangkan dengan mengharapkan agar Allah SWT memberi kefahaman kepada pelajar-pelajarnya " Kita sembah Tuhan, sayang...kerana apa ? kerana Tuhan adalah diri zat. Allah adalah nama bagi zat. Sebagai ibarat, ana bertanyakan soalan dengan nama Aliah atau diri Aliah.. semestinyalah diri Aliah kan.. Jika bertanyakan kepada nama, tak mungkin mendapat jawapannya.."

"Nur kata tuhan ade banyak ? salah tu sayang.. yang enti kata semua tu bukan tuhan. itu cuma patung. Tuhan esa tiada sekutu bagiNya. Takrif Tuhan ialah tidak berkehendak kepada yang lain, yang lain berkehendak kepada Dia." jelas ustazah

"Ustazah bagaimana sebelum ni ? kami tidak tahu.. kami berdosakah ?" kata Amizan.

"Sebab itu kita kena berhajat kepada ilmu. Allah SWT ampunkan inshaa Allah bila kita salah apabila kita sedang belajar.."

Selasa, 21 Julai 2015

Next Step 02

Pantai portdickson, 14 Julai (27 Ramadhan 1436H)


Kami bergerak pulang selepas beriktikaf awal-awal pagi lagi. Semasa perjalanan pulang, kereta berhenti sebentar di parking lot berhampiran persisiran pantai. Sahabatku keluar dari kereta dan berjalan menuju ke pantai. Aku mengikuti dia dari belakang.

Seingat aku, hampir 7 bulan jugak aku mengenalinya. Dia baik. Apa yang aku perhatikan selama perkenalan aku dengan dia. Dia penyabar, peramah, penyayang. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Allah temukan aku dengan orang yang baik macam dia.

Pagi itu memang tenang, lagi-lagi tepi pantai.

"Subhanallah, lawanya" puji sahabatku.

"Ain meh kita tangkap gambo ain" sambungnya lagi.

Aku pun pandang kearah android kepunyaan dia.

Selepas itu, sekumpulan burung gagak hinggap diatas tempat duduk yang berdekatan kami.
Ralat jugak kami perhatikan burung-burung itu. Aku menyergah burung-burung itu.
Beterbangan semuanya.

"Ain jom duduk nak ?" kata sahabatku.

"haha jom jomm"aku membalas.

Kami duduk disitu sambil menikmati ciptaan Allah yang seni. Dalam hati sentiasa memuji Dia.

Kami terdiam agak lama.

dan sahabatku bersuara..

"Ain.."

"haa ye.."

"Nak tanya sikit boleh..?"

Aku menjadi pelik.

"eh..tanya lah.."

(Dia menceritakan segalanya)

________________________________________

Selepas sahabatku menanyakan soalan itu kepadaku.
Aku terdiam
sebab aku tak layak
rasa nak menangis, aku kawal mataku supaya airmata ni tak menitis.

Fikiran aku menafsir banyak kali tentang anggapan dia terhadap aku.
Aku tak sebaik yang dia sangka.
Ya! mungkin sangkaannya itu nampak melalui zahirku.
tapi ketahuilah sahabat..

yang aku ni Hina..
qalbu aku masih berlumpur-noda

'Ya Rabb, hinanya aku bila aku disanjung manusia tetapi masih tiada tempat untukku disisiMU'

_________________________________________

*hon kereta*

kami berjalan menuju ke kereta.

Fikiranku ligat berfikir, hatiku hiba.

Hipokritkah aku ?

Sepanjang perjalanan pulang aku bermuhasabah.

Soalan yang diajukan, Persangkaan yang disangkakan oleh sahabatku itu membuat aku betul-betul terjaga.

terjaga dari tidur yang panjang.

'Alhamdulillah Ya Rabb'

___________________________________________

Sekarang aku masih ingat.

dan bila aku ingat, aku akan menangis.

Aku berdoa agar sangkaan sahabatku itu, benar-benar akan terjadi pada diriku.. inshaa Allah

___________________________________________

Ampuni daku Ya Rabbul Izzati

Allahuma Solli 'Ala Saiyidina Muhmmad wa 'Ala alihi wa sohbihi wa saleem







Jumaat, 19 Jun 2015

Next step 01

Assalamualaikum..

aku dah jadi lepasan SPM, dah tinggalkan zaman persekolahan yang banyak mengajar aku untuk meneruskan kehidupan di dunia luar yang lebih mencabar..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah untuk setiap hikmah yang Allah hadiah kan padaku.

perjalanan kehidupan yang sangat teratur dan menarik. semoga aku hidup hanya kerana Dia. Melakukan sesuatu hanya kerana Dia

_______________________________________

  Lepas je tamat sekolah, aku menganggur selama sebulan. Lama jugak aku habiskan masa dekat rumah.. memang tak rancang apa-apa untuk buat waktu cuti tu. Kerja ke ape ke.. 

 Aku pun mula isi borang untuk ambil STAM di Maahad. Tinggi jugak harapan aku nak masuk situ. Happy sebab dapat pi interview..
  
Tunggu punya tunggu result interview.. tak dapat.. memang takde rezeki aih nak buat guane kan..
Then I Changed my mind.. 

"Nak study kat pondok lah sementara dapat result SPM ni "

19 Januari 2015 : Aku daftar di Madrasah

Aku pergi kat madrasah tu bukan ibu ayah yang hantarkan tapi pakngah..

Aku betul-betul nak study kat situ.. asalnya memang nak fokuskan pada hafazan Al-Quran bila dah masuk situ rupanya lebih kepada ngaji Alim.. sebelum ni aku tak tau pun pengajian macamtu.. Alhamdulillah.. Aku suka ada dekat madrasah ni

Hari demi hari, aku blaja.. tibalah hari untuk ambil result SPM.. seminggu sebelum tu aku dah mula sedih sebab mungkin aku dapat sambung belajar kat tempat lain..

Sedih serious sedih.. tapi I Done My Istikharah.. and decide to stay at there..

Ape yang aku buat keputusan ni dah dapat restu ayah ibu.. Alhamdulillah

Aku mula ubah cara kehidupan aku ke arah yang lebih baik, inshaa Allah

Moga Allah redha :)







Ahad, 28 Disember 2014

'Harapan'

Assalamualaikum harapan..

Aku lemah. 
Tentu kau sudah maklum tentang hal itu. 
Mengeluh tak tentu hala. Tak tetap pada pendirian.
Menangis macam bayi.

Disebalik semua itu ada kedukaan.
Mungkin aku tidak menjelaskan.
Maafkan aku.
Aku bermujahadah mencari kekuatan.

Ya, tanpa bantuan.

Namun aku masih mengharapkan harapan.
Harapan yang akan membantu.
Harapan yang akan temani peritnya mujahadahku.
Harapan yang aku anggap hero.

Tapi mungkinkah harapan itu menjadi realiti ?

Aku takut harapan itu sekadar ilusi.
Dan membiarkan aku berjuang sendiri.






Selasa, 16 Disember 2014

Kerinduan


Rindu memang bersifat abstrak ia ada pada hati setiap insan yang mengingati insan yang lain..

tidak kiralah insan itu mengingati ibubapanya , guru-gurunya , sahabat handainya hatta kekasih hatinya..

Rindu itu hadir bertujuan untuk seorang insan tidak melupakan insan yang lain yang telah memberi 1001 kenangan pada kita

Rasa rindu itu memang susah nak cakap..

ala macam kita makan maggi , pastu orang tanya sedap ke tak maggi tu , then kau kata ' sedap ' , tapi tu tak cukup beri 100% kepercayaan pada diorang , then kau bagi diorang rasa , haa baru diorang tahu sedap ke tak maggi tu.. kan ?

Macam tu lah rindu..

Namun rindu yang berlebihan hingga tak berdaya nak move on dalam hidup itu bahaya

Rindu yang itu seumpama tak redha akan Qadr-Nya

Tapi rindu yang satu ini..

biar kan saja berlebihan , biar kan saja melarat penyakit rindu itu

merindu yang berhak lebih indah 

lebih ketenangan (sakeenah)  dapat kita rasakan

apakah kau tak faham rindu pada siapa yang aku maksudkan ?

Ya.. rindu pada Allah SWT dan rasulnya, Nabi Muhammad SAW

Rindulah Allah kerana Dia cinta hakiki

dan rindulah Nabi Muhammad SAW serta cintailah baginda

kelak dikurniakan syafaat. Inshaa Allah

Berkata Imam Assyafi'ie : 
"Cintailah orang soleh kerana mereka memiliki kesolehannya. Cintailah Nabi Muhammad SAW kerana baginda kekasih Allah SWT dan cintailah Allah SWT kerana DIA adalah kecintaan Nabi dan orang-orang soleh"

_________________________________________________


Dan kerinduan utama kita adalah Allah dan rasulNya..

Mencintai malah merindui Allah dan rasulNya lebih dari dunia dan segala isinya..

kerana dunia bersifat sementara..

begitu juga pertalian saudara..

__________________________________________________


setapak kita berjalan mendekati Allah SWT , Allah SWT berlari mendekati kita
(sahih musim)

____________________________________________________

Can you feel Him right now ? *whispering*

Allah is so close to us

Moga Allah Redha




Khamis, 11 Disember 2014

Malam

Malam gelap kelam sunyi. Hanya unggas meriah berzikir bertasbih mengingati pencipta. Jam loceng yang bersifat tepati masa untuk melaksanakan tugasannya meluahkan suara.

"kringgggg.. kringgggg.. kringgg"

Pertengahan malam, tepat pada pukul 4.00 pagi aku terpisat-pisat bangun turun dari katil 'doubledecker'. berjalan menuju ke tempat beradu sahabat-sahabat aku.

Jalan macam orang pening tapi aku gagah kan saja.

"zaf"

"esyah"

"ann"

"dil"

"syaqir"

"bangun bangun, kata nak tahajud ape semua, jom ah" panjang je bebelan aku sebenarnya.

Selepas kedengaran bebelan free aku tu, sorang-sorang bangkit dari katil kesayangan mereka. Aku yang dari tadi bangun masih tak lagi berganjak ke bilik air.

"eh misyah, kenapa tak gi ambil wudhuk lagi" kata esyah sambil gosok-gosok matanya

"em ala em, macam tak tau je aku ni guane hehe"  garu kepala yang tak gatal.

_____________________________________________________

*flashback*

Pertengahan malam seperti kebiasaan, aku bangun. Berhajat untuk meluahkan segala rasa kepada pencipta. Fikiranku kosong tanpa fikirkan sebarang perkara aneh. Lalu aku teruskan hajatku tanpa menggerakkan seorang pun dari sahabatku untuk menemaniku. 


Sejurus saja aku keluar dari dorm aku menyarung selipar. Aku bersahaja menyarung selipar sambil menoleh ke kanan. Dan kelihatan suatu benda berwarna hitam dari kejauhan. Fizikalnya seperti seorang manusia tapi em errrr.... ah lupakan saja.

Aku membatalkan hajatku untuk ke bilik air sendiri. Aku menggerakkan esyah untuk turut bersama-sama ku ke bilik air.

Sejak dari itu, aku selalu mengajak sahabat-sahabatku bersama-sama.

[hikmah dia nak buat baik, ajak ajak lah sahabat ye]

_____________________________________________________


"eh misyah, jangan fikir sangat lah hal tu. Allah ma'ana kan" kata esyah.

"ye betul tu, em weh jom menuju kejayaan"

Pada keheningan malam itu.
Saat semua orang tidur.
Saat semua orang lena dibuai mimpi.
Kami punyai matlamat.
Mengadu meluahkan segala rasa.
Mencari secebis kekuatan dan mencari sinar sakeenah untuk bekalan hidup yang semakin mencabar.
Melampiaskan rasa kesal seorang pendosa.

Titisan air mata bersama iringan doa pada saat itu ibarat anak panah yang tepat pada sasarannya.

______________________________________________________


dan kini itu semua menjadi kerinduan buat aku.

Lumrah menetap diasrama.

Bumi tarbiyyah yang cukup berhikmah.

Jadi.

Ayuh bangkit bersama ummah.

Rawati luka yang kian parah.