maafkan ana kalau ada salah silap :)

maafkan ana kalau ada salah silap :)

snow

anime


Jumaat, 19 September 2014

Khilaf





" Selalu sangat buat orang marah. Orang sakit hati dengan perangai kau tau tak. Cakap tak berlapik. Jagalah hati orang sekeliling sikit. " bentak Salwa yang geram akan perangai sahabatnya, Azizah.

Study group yang tadinya rancak, senyap seketika.

Azizah hanya menundukkan kepalanya sambil jarinya memutar pen 360 darjah ketika mendengar teguran tegas dari Salwa.

Terdetik dalam hati Azizah ' astaghfirullahalazim.... apa yang aku lakukan... '
Azizah langsung tidak terasa hati dengan teguran itu. Malahan Azizah bermuhasabah diri. Dia sedar yang terkadang gurauannya melampaui batas.

Sebenarnya Azizah bukan saja ditegur oleh Salwa tetapi sebelum ini juga ramai sahabatnya melakukan hal yang sama. Semakin hari, Azizah menjadi seorang yang pendiam. Bukan kerana dia berkecil hati.

Azizah berazam yang dirinya perlu melakukan perubahan. Dia cuba untuk menjadi seorang yang pendiam yang murah dengan senyuman. Kata Azizah ' kurang berkata-kata mungkin tiada siapa-siapa akan terasa dan tiada dosa yang tidak sengaja '

Perubahan itu diperhatikan oleh Salwa sendiri. Salwa berkata kepada Azizah " Azizah, aku suka perubahan yang kau buat ni " Salwa senyum kepada Azizah sambil menunjukkan ibu jarinya.

_______________________________________________________________________________

Assalamualaikum readers yang dirahmati Allah..

ain memohon maaf atas khilaf yang telah ain buat sama ada sedar atau pun tak. Mana lah tau, umur tak panjang, Allah tarik nyawa ain awal. Tinta hina ini lah yang mampu membuat kalian maaf kan seorang Noor Ain Misah. Maaf tu besar ertinya bagi ain.

Semoga Allah merahmati kalian.







Tiada ulasan: