maafkan ana kalau ada salah silap :)

maafkan ana kalau ada salah silap :)

snow

anime


Rabu, 11 Jun 2014

Borak tarbawi




Tarbawi.
Tarbawi ini adalah apa-apa perkara yang kita lakukan untuk mendekatkan diri kepada Illahi rabbi.

Ain bukan alim ulama' yang tahu banyak ilmu.
bukan sang abid yang sentiasa bersama tuhan-Nya.
juga bukan seorang yang sentiasa bersifat zuhud pada setiap perkara.
cuma sekadar hamba yang penuh dosa noda serta hina dina.
mencari sinar sakinah dan mengemis cinta-Nya.

Memang kadangkala kita hanya mampu ucap ungkap cakap.
bukan sekadar itu.
seharusnya kita LAKUKAN.

"tunjuk amalanmu dengan perbuatan, bukan sekadar kata-kata"

and I'm keep trying

__________________________________________________________

hening malam yang sunyi, bulan dan bintang bagai menemani kami. Dalam hatiku memuji-muji ciptaan-Nya.

Nafiz anak jiran sebelah rumah yang ku anggap seperti adikku sendiri datang ke rumahku. sudah jadi kebiasaan, cuti sekolah kami selalu berkumpul sebegini.
Aku penghuni asrama jarang pulang ke rumah.
Kesempatan itu, aku menanyakan khabarnya, pelajarannya serta perkembangannya.

Nafiz seorang kanak-kanak yang petah berkata-kata malah tak lekang dari lawaknya.
Dia anak bongsu dari 4 orang adik beradik yang semuanya adam.
Antara mereka adik beradik, Nafiz yang bijak, mendengar kata serta aktif disekolah.

~~~~~~~

Pada malam itu kami bertukar cerita.

Nafiz : Ain , ustazah kat sekolah nafiz kata dajjal tu wujud kat bawah tanah kan.

Ain : Aah, apalagi yang Nafiz tahu ? *rasa teruja*

Nafiz : Banyak... Mata dia satu pastu selangkah dia jalan dah sampai tempat lain. *muka takut*

Ain : Nanti Nabi Isa A.S tolong kita maksud Ain orang-orang beriman.

Nafiz : Orang yang banyak pahala lah kan.

Ain : Aah, apa Nafiz buat kalau nak jadi orang beriman ?

Nafiz : solat, buat baik.

Nafiz : Ain hari tu ada peperiksaan kat sekolah tanya pasal malaikat.

Ain : Tanya apa ? sifat malaikat eh ?

Nafiz : Aah, malaikat dicipta daripada cahaya, ada sayap besar, boleh berubah jadi lelaki berpakaian putih.

Ain : Wahh, bagusnya.

Nafiz : hahaha Ain Ain, orang mati syahid tersenyum, Nafiz suka tengok. Dia masuk syurga kan Ain.

Ain : Aah, Nafiz nak tengok satu video tak ?

Aku mengambil telefon bimbitku dan membuka sebuah video yang sahabatku syorkan untuk menontonnya.
https://www.facebook.com/photo.php?v=671530116255518

Nafiz menontonnya dengan penuh rasa minat, dan pelbagai persoalan diajukan kepadaku.
Aku tidak menjawab mengikut ilmu pengetahuan yang sedikit cuma.

_________________________________

Sel-sel otak Nafiz berhubung..huhu.
semoga jadi anak yang soleh Muhammad Syed Nafiz Bin Izhar.
____________________________________

Moga Allah redha :)





Tiada ulasan: