maafkan ana kalau ada salah silap :)

maafkan ana kalau ada salah silap :)

snow

anime


Khamis, 24 Disember 2015

#1 Bagaimana sebelum ini ?

الصلاة عماد الدين

"Solat itu tiang agama"

Dalam satu situasi di dalam kelas, seorang ustazah sedang mengajar mata pelajaran Tauhid kepada pelajar banat kelas I'dadi dan Ibtida'i. 

Tauhid yang mana wajib dipelajari buat ummah sekaliannya. 

Kerana apa ? kerana ilmu Tauhid adalah ilmu untuk para hamba mengenal Tuhannya.
Dosa besar hukumnya jika seorang hamba langsung tidak berniat untuk mengetahui ilmu ini.

"antunna semua hari ini kita muzakarah tentang sifat 20 yang wajib bagi Allah, bukan sifat yang hakiki bagi Allah, ini semua kata pinjam, ini adalah hukum sifat 20 yang telah disusun oleh jumhur ulama' untuk kita mudah mengenal Tuhan" jelas ustazah.

"sebelum itu ana nak tanya antunna semua" sambungnya

"bila hang solat, hang sembah siapa?Tuhan atau Allah"

Salah seorang dari pelajar mengangkat tangan tanda untuk menjawab.

"Allah SWT... kan ustazah" Aliah menjawab.

"Tuhan.. kan ustazah" Shahidatul pula menjawab.

"Bukan ke.. tuhan ada banyak.. tuhan orang cina ada, tuhan orang india ada.. jawapannya Allah.. kan ustazah.." kata Nur selepas cuba mentafsir soalan yang diajukan.

Yang lain hanya termenung memikirkan mana yang benar kerana takut untuk menjawab soalan berkaitan aqidah.

ustazah menerangkan dengan mengharapkan agar Allah SWT memberi kefahaman kepada pelajar-pelajarnya " Kita sembah Tuhan, sayang...kerana apa ? kerana Tuhan adalah diri zat. Allah adalah nama bagi zat. Sebagai ibarat, ana bertanyakan soalan dengan nama Aliah atau diri Aliah.. semestinyalah diri Aliah kan.. Jika bertanyakan kepada nama, tak mungkin mendapat jawapannya.."

"Nur kata tuhan ade banyak ? salah tu sayang.. yang enti kata semua tu bukan tuhan. itu cuma patung. Tuhan esa tiada sekutu bagiNya. Takrif Tuhan ialah tidak berkehendak kepada yang lain, yang lain berkehendak kepada Dia." jelas ustazah

"Ustazah bagaimana sebelum ni ? kami tidak tahu.. kami berdosakah ?" kata Amizan.

"Sebab itu kita kena berhajat kepada ilmu. Allah SWT ampunkan inshaa Allah bila kita salah apabila kita sedang belajar.."

Tiada ulasan: